fbpx

Edika Yusof, definisi sebenar ‘yang kacak selalunya setia’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video Edika menyuapkan makanan kepada isterinya.

PETALING JAYA – Mungkin ada kebenaran dengan telahan netizen bahawa lelaki yang kacak itu selalunya seorang yang setia dengan pasangan.

Istilah ‘yang kacak itu setia’ ini juga mungkin boleh dibuktikan dengan kewujudan figura terkenal paling digilai ramai wanita di era 90-an, Edika Yusof.

Bukan sahaja memiliki wajah tampan malah romantisnya perwatakan pelakon yang berusia 55 tahun itu jelas dapat dilihat melalui perkongsian video di Instagram miliknya baru-baru ini.

“Dinner time (masa makan malam) teka saya suap siapa? Anak? Wife? No laa… of course my girlfriend (tidak…tentunya teman wanita saya),” tulisnya pada kapsyen di hantaran video tersebut.

Dalam video itu dapat dilihat Edika bergilir suapan dengan seseorang di sebelah dipercayai isterinya Norhidayah Yusri, 44, yang lumpuh sejak 17 tahun lalu.

Perkongsian tersebut mendapat respon positif daripada netizen yang turut teruja dengan sikap romantis Edika dalam melayari bahtera perkahwinan yang telah menjangkau usia 19 tahun itu.

“Handsome, segak dan paling penting setia. Itu yang membuatkan kamu limited edition (edisi terhad),” puji mr_achoii.

“Bertuahnya isteri Edika Yusof,” komen Rohayahyaakob.

“Beruntung isteri punya suami jujur dan penyayang. Semoga rumah tangga kekal hingga akhir hayat,” ujar seorang lagi pengguna. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI