fbpx

‘Ben hanya kawan biasa’ – Daiyan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DAIYAN TRISHA menafikan dia bercinta dengan Ben dan hanya menganggapnya sebagai kawan biasa.

KUALA LUMPUR – Pelakon dan penyanyi Daiyan Trisha menafikan dia bercinta dengan pelakon Ben Amir dan menganggap hubungan mereka hanya sebagai rakan artis sahaja.

Daiyan, 26, meminta semua pihak supaya berhenti membuat sebarang spekulasi mengenai gambar mereka yang tular di laman sosial ketika makan di sebuah kafe baru-baru ini.

“Saya mengaku selesa ber­kawan dengan Ben tetapi tiada hubungan istimewa walaupun sudah lama mengenali antara satu sama lain.

“Kami berjumpa kerana Ben hendak beri Sambal Budak Camping yang diusahakannya. Tidak timbul soal sedang kenal hati budi masing-masing,” katanya.

Tambahnya, dia terkejut apabila netizen membuat andaian liar mengenai gambar yang diambil bersama pelakon drama Sweet Dreams itu.

Menurut Daiyan, dia perasan ada orang yang mengambil gambar mereka ketika sedang makan di kafe tersebut, namun me­nyangka ia tiada apa-apa.

“Tak sangka pula gambar itu boleh tular. Saya dan Ben belum pernah digandingkan dalam mana-mana projek seni tetapi memang ada perancangan produksi mahu kami bekerjasama,” katanya yang kini sedang sibuk menjalani penggambaran drama terbaharu, Semanis Senyummu.

Sehubungan itu, Daiyan berharap para peminat menghentikan spekulasi yang tidak berasas itu bagi membolehkan dia dan Ben Amir menumpukan kepada kerjaya mereka.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI