fbpx

Bekalan ikan mencukupi pada musim tengkujuh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Syed Abu Hussin Hafiz (kiri) pada Program Penyerahan Bantuan Enjin Sangkut Nelayan Persatuan Nelayan Kawasan (PNK) Sungai Tinggi di Jeti Pengkalan Nelayan Tok Lin, Trong semalam. - Foto WAT KAMAL ABAS

BUKIT GANTANG – Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) menjangkakan bahawa tidak akan berlaku masalah bekalan ikan rakyat menjelang musim tengkujuh kali ini.

Pengerusinya, Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal berkata, pihaknya telah mengkaji dan membuat beberapa persediaan termasuk mula membeli ikan dari nelayan pada Oktober ini untuk disimpan dalam bilik sejuk beku.

“Persediaan lain yang sedang dibuat adalah dengan menggalakkan ternakan aqua iaitu ternakan ikan dalam sangkar dan kolam sama ada di darat atau di laut.

“Bekalan ikan dari ternakan aqua itu dapat menampung 20 peratus permintaan ikan rakyat pada musim tengkujuh nanti,” katanya pemberita selepas Program Penyerahan Bantuan Enjin Sangkut Nelayan Persatuan Nelayan Kawasan (PNK) Sungai Tinggi di Jeti Pengkalan Nelayan Tok Lin, Trong di sini semalam.

Pada masa sama, Syed Abu Hussin Hafiz berkata, LKIM turut akan mengimport bekalan ikan dari luar negara sebanyak 20 peratus jika diperlukan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI