fbpx

Sukma: Terengganu ungguli perebutan ibu pingat emas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PEMAIN Terengganu meraikan jaringan pembukaan perlawanan menerusi ketua pasukannya, Muhammad Safwan Mazlan di babak pertama perlawanan akhir bola sepak Sukma di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, sebentar tadi. PIX Amir Khalid

PENANTIAN 12 tahun Terengganu untuk dikalungkan ‘ibu pingat emas’ Sukan Malaysia (Sukma) dalam acara bola sepak akhirnya terlaksana apabila menewaskan Pulau Pinang 2-0 pada aksi final di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, sebentar tadi.

Walaupun pengendalinya, Badrul Afzan Razali bersikap rendah diri dengan menyifatkan Pulau Pinang adalah lawan sukar, kualiti dan pengalaman dimiliki pemain skuad Peteh jelas menghadirkan jurang antara kedua-dua pasukan.

Pulau Pinang yang memburu kejuaraan sulung harus menyalahkan diri sendiri kerana gagal menyempurnakan beberapa peluang terbaik khususnya di babak pertama.

Terdahulu, daripada segi peluang yang dicipta, aksi lebih berpihak kepada Pulau Pinang namun beberapa percubaan terbaik gagal disudahkan dengan sempurna malah penjaga gol Terengganu, Nor Hakem Hamidun juga cipta sensasi apabila tampil cemerlang melakukan aksi menyelamat.

Minit ke-24, nasib akhirnya lebih berpihak kepada Terengganu yang membuka jaringan menerusi ketua pasukan, Muhammad Safwan Mazlan sekaligus meletakkan Pulau Pinang dalam situasi terdesak untuk buru gol penyamaan.

Seterusnya, wakil Pantai Timur itu terus mendominasi perlawanan sebaliknya tiada tambahan jaringan mampu dihasilkan.

Walaupun beberapa kali berjaya menyelinap masuk ke dalam kotak penalti Terengganu, kreativiti Pulau Pinang di babak kedua seakan hilang apabila dilihat seperti kekeringan idea untuk mencipta gerakan lebih merbahaya.

Seterusnya, situasi tertekan nyata menjejaskan corak permainan Pulau Pinang dan kesempatan itu membuka ruang buat Terengganu pamer aksi lebih tersusun

Minit ke-86, sisa berjuangan Pulau Pinang akhirnya menemui titik noktah apabila Muhammad Aidil Azuan tertampan bola ke gawang sendiri untuk menghadiahkan gol kedua Terengganu.

Pingat gangsa dimenangi Selangor yang menewaskan Wilayah Persekutuan 3-1 di Stadium Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI