JAKARTA – Ketua Umum Parti Demokrasi Perjuangan Indonesia (PDI-P), Megawati Soekarnoputri meminta agar anggota parti bersabar menunggu pengumuman calon presiden (capres) dari parti itu bagi Pilihan Raya Presiden (Pilpres) 2024, lapor laman Tribunnews kelmarin.
Menerusi Setiausaha Agung PDI-P, Hasto Kristiyanto, bekas presiden itu mengatakan beliau akan mengumumkan hal tersebut apabila tiba masanya.
“Megawati mohon semua ahli parti untuk bertenang dan sabar dalam hal berkaitan calon pilpres.
“Apabila sudah tiba masa, calonnya akan diumumkan,” kata Hasto.
Tambahnya, Megawati memohon agar ahli PDI-P untuk terus bersatu dan tidak bertelagah sesama sendiri menjelang Pilpres yang akan datang.
Hasto berkata, fokus utama yang lebih penting sekarang adalah bekerjasama dalam mengatasi situasi mencabar semasa adalah lebih penting.
“Paling penting adalah fokus memacukan ekonomi rakyat, perkara yang akan datang bakal dibincang bila sudah tiba masa,” tegas Hasto. – Agensi