fbpx

Sara dakap emas tenis wanita selepas benam adik sendiri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SARA membalas pukulan lawan yang juga adiknya, Anja menerusi aksi straight set 6-1, 6-4 pada Sukma MSN 2022 semalam. – AMIR KHALID

PEMAIN tenis Terengganu, Sara Alisha Nayar mencatat detik manis dalam karier apabila merangkul pingat emas menerusi acara tenis perseorangan wanita pada temasya Sukan Malaysia (Sukma) 2022 semalam.

Pada perlawanan akhir yang berlangsung di Kompleks Tenis Jalan Duta, Kuala Lumpur, pemain berusia 21 tahun itu mudah menewaskan adiknya, Anja Samia Nayar menerusi aksi straight set 6-1, 6-4.

Walaupun gembira dengan kemenangan yang diraih, namun bekas pemain kebangsaan itu tetap sedih kerana terpaksa menyaksikan adiknya menanggung kekalahan biarpun turun dengan status sebagai pilihan utama kejohanan.

“Perasaan saya ketika ini bercampur baur kerana gembira dapat memenangi pingat emas tetapi pada masa sama agak sedih apabila melihat adik saya kalah. Secara keseluruhan, kami berdua sudah menampilkan aksi yang cukup baik.

“Selain itu, kemampuan Terengganu untuk mendominasi perlawanan akhir dalam acara perseorangan serta beregu wanita membuatkan penampilan pada Sukma kali ini lebih ­istimewa,” katanya ketika ditemui selepas tamat perlawanan.

Tambah Sara, dia terpaksa bermain dalam keadaan penuh emosi pada perlawanan akhir semalam kerana melihat Anja berdepan kesukaran sepanjang permainan selepas dia memenangi set pertama 6-1.

“Secara jujur, perlawanan menentang adik sendiri lebih sukar jika dibandingkan dengan pemain-pemain lain,” ujarnya.

Berada di podium bersama Sara dan Anja adalah pemain Perak, Shihomi Leong dengan pingat gangsa selepas menewaskan Chan Yu Chi dalam aksi penentuan tempat ketiga.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI