fbpx

Cuaca buruk hampir semua negeri malam ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Amaran ribut petir berserta hujan lebat dan angin kencang dikeluarkan melibatkan hampir semua negeri di Semenanjung termasuk Sarawak pada malam ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam satu kenyataan di Facebook memaklumkan, cuaca buruk itu berisiko melanda keseluruhan negeri Perlis serta beberapa kawasan di Kedah seperti Langkawi, Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Padang Terap, Yan, Pendang, Kuala Muda dan Sik.

Selain itu, di Perak, kawasan terlibat adalah Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Bagan Datuk, Hilir Perak dan Batang Padang.

Di Pantai Timur pula, MetMalaysia menjangkakan hujan lebat serta ribut petir berpotensi tinggi melanda Kelantan (Pasir Mas, Kota Bharu, Bachok, Machang, Pasir Puteh dan Gua Musang), manakala di Terengganu (Dungun dan Kemaman).

“Bagai negeri Pahang pula, antara daerah berisiko adalah Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Bentong, Temerloh, Kuantan, Bera, Pekan dan Rompin.

“Cuaca buruk yang sama turut dilaporkan berlaku sekitar Jelebu, Negeri Sembilan,” katanya hari ini.

Dalam pada itu, di Sarawak, hujan lebat diramal berlaku melibatkan Serian (Serian), Samarahan (Simunjan), Kapit (Belaga), Bintulu (Bintulu dan Sebauh) dan Miri (Subis, Beluru, Telang Usan dan Miri).

MetMalaysia menjangkakan keadaan tersebut bakal berterusan sehingga pukul 9 malam nanti.

“Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI