fbpx

Dari bidang glamor ke dunia istana

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TIGA selebriti popular iaitu (dari kiri) Azrinaz Mazhar Hakim, Grace Kelly dan Juliana Evans yang mencipta perhatian apabila berkahwin dengan Sultan, Putera atau kerabat diraja.

KEMANGKATAN Ratu Elizabeth II baru-baru ini sememangnya menyita jutaan perhatian daripada penduduk dunia.

Bukan hanya tentang pemergiannya, kematian figura itu turut membuatkan beberapa ahli keluarga diraja lain termasuk pasangan Putera Harry dan Meghan Markle menjadi bualan.

Meghan yang merupakan seorang selebriti ternama di Amerika Syarikat menuai perhatian ramai selepas mendirikan rumah tangga dengan anak kedua mendiang Puteri Diana itu.

Seperti memecah tradisi, perkahwinan Meghan dan Harry yang juga sebagai salah seorang pewaris takhta mendapat pelbagai reaksi meskipun kini mereka sudah mempunyai dua orang cahaya mata.

Minggu ini, Gala menyenaraikan empat selebriti ternama yang menjadi orang istana selepas mengahwini golongan kerabat.

Rita Hayworth

AKTRES terkenal era 1940-an, Rita Hayworth berkahwin dengan Putera Iran iaitu Putera Aly Khan yang merupakan suami ketiganya.

Pada awalnya, pasangan yang bertemu di Festival Filem Cannes itu menjalin hubungan sulit sebelum sah menjadi suami isteri sekitar tahun 1949.

AKTRES terkenal Hollywood, Rita Hayworth pernah berkahwin dengan Putera Iran, Putera Aly Khan (kiri) pada 1949.

Perkahwinan Rita dan Aly boleh dikatakan sebagai pemecah rekod ekoran dia merupakan selebriti pertama yang berkahwin dengan kerabat diraja.

Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang anak perempuan, Puteri Yasmin Aga Khan. Sepanjang tempoh perkahwinan, Hayworth kelahiran Amerika Syarikat dikatakan sering ‘makan hati’ dengan sikap kaki perempuan suaminya sebelum berpisah pada tahun 1953.

Juliana Evans

PADA 30 April 2017, aktres Juliana Evans selamat bergelar isteri kepada kerabat diraja Johor dan Selangor, Tengku Shariffuddin Shah Tengku Sulaiman Shah di Istana Bukit Kayangan, Shah Alam, Selangor.

Selepas mendirikan rumah tangga, Juliana atau nama sebenarnya Juliana Sophie Johari Evans mengakui perlu membiasakan diri dengan protokol istana termasuk cara percakapan dan tata tertib menjamu selera.

PERKAHWINAN Juliana Evans dan Tengku Shariffuddin berlangsung pada 2017.

Hasil perkahwinan selama lima tahun, pasangan sama cantik sama padan itu dikurniakan seorang anak perempuan, Tengku Kamiliah Zanariah Josephine Ehsan Shah yang kini berusia tiga tahun.

Azrinaz Mazhar Hakim

BEKAS personaliti televisyen popular, Azrinaz Mazhar Hakim mengejutkan ramai apabila mendirikan rumah tangga dengan Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah sekitar 2005.

Pada ketika itu, Azrinaz baru berusia 26 tahun. Sementara Sultan Brunei pula 58 tahun.

Jodoh tidak panjang, mahligai yang dibina bagaimanapun tidak bertahan lama apabila Sultan Brunei menceraikan Azrinaz dengan talak satu pada Jun 2010.

Hasil perkahwinan selama lima tahun, mereka dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Putera Abdul Wakeel Bolkiah dan Puteri Ameerah Wardatul Bolkiah yang menetap di Brunei sehingga hari ini.

Azrinaz kembali bergelar isteri kepada Fairos Khan Abdul Hamid pada 1 Mei 2018 dan dikurniakan dua orang anak perempuan.

Grace Kelly

SEBELUM era kegemilangan Puteri Diana dan Kate Middleton, Grace Patricia Kelly menuai perhatian apabila mengahwini jejaka daripada golongan kerabat iaitu Putera Monaco, Putera Rainier III.

Seperti dalam filem, pelakon popular itu bertemu dengan putera idamannya ketika sama-sama menghadiri Festival Filem Cannes 1955.

FOTO perkahwinan Grace Kelly bersama Putera Monaco pada 1956.

Selepas berkahwin dengan Putera Monaco pada 19 April 1956 yang membawa gelaran Puteri Grace, dia nekad meninggalkan kerjaya lakonannya sebelum dikurniakan tiga orang anak.

Pada 1982, riwayatnya berakhir pada usia 52 tahun akibat kemalangan kereta dan mengalami kecederaan parah selepas kenderaan yang dipandunya terjatuh ke lereng gunung.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI