fbpx

Ada perkembangan positif dalam siasatan kes culik Azi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ejen jualan kosmetik dikenali sebagai Azi yang dilarikan sekumpulan lelaki bersenjata di rumahnya di Kampung Semat Jal, Tumpat.

TANAH MERAH – Siasatan kes melibatkan seorang ejen kosmetik wanita dikenali sebagai Azi, 36, yang diculik di rumahnya di Kampung Semat Jal, Tumpat minggu lalu setakat ini menunjukkan perkembangan positif.

Pemangku Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, Polis Diraja Malaysia Kelantan telah bekerjasama dengan pihak berkuasa Thailand dalam operasi mencari dan menyelamat mangsa.

Menurutnya, polis sedang berusaha untuk menyelesaikan kes tersebut dan penculikan Azi itu turut mendapat perhatian Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani yang sentiasa mengikuti perkembangan terkini.

“Pihak polis masih berusaha (dalam siasatan kes). Kita juga sedang bekerjasama dan saling berhubung dengan pihak berkuasa di sana.

“Alhamdulillah, setakat ini perkembangan amat positif dan kita yakin. Insya-Allah, kita akan mendapat berita baik dan sama-sama berdoa untuk kes ini,” katanya ketika ditemui pemberita pada Program Polis Komuniti di Masjid As-Syakirin, Mukim Kelewek di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Muhamad Zaki berkata, pihaknya meminta kerjasama orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengganggu siasatan pihak polis berhubung kes tersebut.

“Kadang-kadang ada benda yang tidak boleh dikongsi. Jadi, kita amat masyarakat dapat bekerjasama dalam menyelesaikan kes ini,” katanya.

Kosmo! sebelum ini melaporkan, pihak berkuasa Thailand menyerbu dua buah rumah di tepi Sungai Golok, dipercayai menjadi lokasi Azi disembunyikan selepas dilarikan dari rumahnya di Kampung Semat Jal, Tumpat pada Selasa minggu lalu.

Bagaimanapun, kedua-dua buah rumah itu tiada penghuni semasa serbuan dijalankan.

Siasatan polis mendapati, perselisihan faham antara suami mangsa dengan ahli sindiket dadah yang turut disertainya dipercayai menjadi punca wanita itu diculik. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI