fbpx

Polis rampas mesin perlombongan bitcoin bernilai RM32,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mesin 'perlombongan bitcoin' yang ditemui di sebuah premis yang disewakan di Taman Flora Utama, Batu Pahat, semalam.

BATU PAHAT – Polis Daerah Batu Pahat berjaya merampas sebanyak 32 unit mesin ‘mining bitcoin’, sebuah ‘router’ internet dan sebuah komputer yang dianggarkan bernilai RM32,000 daripada sebuah premis perniagaan di Taman Flora Utama dekat sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat Asisten Komisioner Ismail Dollah berkata, serbuan dilakukan pada pukul 4.30 petang selepas menerima laporan daripada pemilik premis yang menyatakan rumah kedai disewakannya berada dalam keadaan tidak berkunci dan pendawaian elektrik telah diubahsuai.

Katanya, Susulan daripada laporan, sepasukan polis daripada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Pahat telah ke tempat kejadian dan mendapati, di dalam premis mengandungi mesin ‘mining bitcoin’ yang telah dipasang dalam keadaan dihidupkan.

“Siasatan mendapati, hasil daripada kegiatan ini, Tenaga Nasional Berhad (TNB) telah menanggung kerugian yang dianggarkan sebanyak RM150,000.

“Kes disiasat di bawah Sek 379, 427 Kanun Keseksaan dan Seksyen 37(3) Akta Bekalan Elektrik 1990 yang boleh dihukum denda ataupun penjara,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Ujarnya lagi, siasatan juga mendapati premis berkenaan sudah disewakn sejak sembilan bulan lalu dan usaha mengesan penyewanya sedang giat dilakukan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI