fbpx

Warga emas berpimpin tangan ke masjid, bantu rakan ‘buta’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar gelagat dua warga emas berpimpin tangan ke masjid.

PETALING JAYA – Gelagat dua orang warga emas lelaki berjalan kaki sambil berpimpin tangan ke masjid telah menyentuh hati ramai apabila salah seorang dari mereka mempunyai masalah penglihatan.

Menerusi perkongsian video seorang pengguna media sosial yang dikenali sebagai @4clover, dia berterima kasih terhadap sahabat bapanya itu kerana sering membantu dan menemani warga emas tersebut ke masjid setiap kali masuk waktu solat.

“Ayah dah tak nampak, tapi sahabat ayah hari-hari datang tolong bawakan ke masjid.

“Terima kasih pak cik selalu jagakan ayah di masjid, semoga syurga buatmu,” tulisnya pada hantaran di TikTok semalam.

Menurut gadis tersebut, pak cik berkenaan akan selalu menunggu di halaman rumah sebelum berjalan bersama-sama bapanya menuju ke masjid berdekatan yang terletak berdepan dengan rumahnya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang ramai turut sama berasa terharu dengan persahabatan dua warga emas tersebut.

Mereka juga mengakui bukan senang mendapatkan seorang sahabat yang setia seperti yang ditunjukkan oleh pak cik tersebut kerana sanggup menunggu serta memimpin sahabatnya untuk sama-sama beribadah di masjid.

Sementara itu, orang ramai juga mendoakan agar kedua-dua mereka terus dipanjangkan usia dan diberi kesihatan yang baik.

“Moga mereka berjumpa di syurga nanti, sahabat dunia dan akhirat, bukan senang nak jumpa,” kata Jiminah.

Dalam pada itu, selebriti popular, Fazura turut meninggalkan komen pada video tersebut.

“MasyaAllah, semoga kita juga dikurniakan sahabat begini. Amin,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI