fbpx

Polis tahan dua wanita susulan video tular cubaan culik kanak-kanak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar dua wanita yang didakwa cuba menculik kanak-kanak di sebuah pusat peranginan baru-baru ini.

BENTONG – Polis menahan dua wanita warganegara asing yang dikatakan terlibat dalam kes cubaan culik seorang kanak-kanak di Genting Highlands yang tular dalam media sosial di sini baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Bentong Superintendan Zaiham Mohd. Kahar berkata, suspek yang berusia 42 dan 50 tahun itu ditahan pada pukul 11.30 pagi semalam.

“Polis telah membuka kertas siasatan kes tular di media sosial bahawa seorang kanak-kanak hampir menjadi mangsa culik di Genting Highlands Bentong.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 363/511 Kanun Keseksaan iaitu cubaan culik dan jika didapati bersalah boleh dipenjara sehingga tujuh tahun atau dikenakan denda,”katanya di sini hari ini.

Pada 20 September lalu tular dalam media sosial seorang kanak-kanak hampir menjadi mangsa culik di Genting Highlands di Bentong.

Berdasarkan vodeo berdurasi satu minit 20 saat melalui akaun TikTok @ALFITRY_AZMI52 yang dimuatnaik dalam Facebook Daily Traffic Report memaklumkan bahawa seorang kanak-kanak hampir menjadi mangsa culik oleh seorang warganegara asing.

Susulan itu juga bapa mangsa yang berusia 33 tahun telah membuat laporan polis pada 20 September lalu.

Menurut Zaiham polis yang giat melakukan siasatan akan merujuk kertas siasatan kepada pihak Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan lanjut.

“Polis menasihatkan orang ramai khususnya ibu bapa atau penjaga agar sentiasa berhati-hati dan peka terhadap aspek kesemlamatan anak atau kanak-kanak di bawah jagaan masing-masing terutama di tempat sesak bagi mengelak perkara tidak diingini berlaku,”ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI