fbpx

Mark Zuckerberg rugi AS$71 bilion tahun ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Zuckerberg bercakap ketika Persidangan Keselamatan Munich ke-56 di Munich, Jerman, pada 15 Februari 2020. – AFP

WASHINGTON – Pengasas Facebook, Mark Zuckerberg  merekodkan kehilangan sebanyak AS$71 bilion (RM324 bilion) sepanjang tahun ini sekali gus melebihi  kerugian mana-mana bilionair di seluruh dunia, lapor akhbar Mirror UK kelmarin.

Nilai kekayaan Zuckerberg, 38, pada September 2021 adalah AS$142 bilion (RM649 bilion), namun pada Selasa lalu, angka itu dilaporkan merosot kepada AS$56 bilion (RM255.9 bilion).

Kerugian besar itu menyebabkan taikun media sosial yang menjenamakan semula syarikat Facebook kepada Meta pada 2021 jatuh pada kedudukan ke 20 dalam senarai bilionair dunia.

Ranking tersebut adalah yang terendah pernah diperoleh beliau sejak 2014.

Selain itu, berdasarkan indeks bilionair Bloomberg, nilai kekayaan manusia terkaya di dunia, Elon Musk turut merosot sebanyak AS$6 bilion (RM27 bilion), Bill dan Melinda Gates masing-masing rugi AS$27 bilion (RM123.4 bilion) dan AS$26 bilion (RM118.8 bilion), manakala pengasas laman peruncitan Amazon, Jeff Bezos turut hilang AS$46 bilion (RM210 bilion).

Pada Februari lalu, Meta menyatakan bahawa  Facebook tidak mencatatkan pertumbuhan bulanan dari segi bilangan pengguna. Pengumuman itu menyebabkan harga saham syarikat itu merudum pada kadar terburuk. 

Meta yang merupakan syarikat induk Facebook, turut diselar berkenaan rancangannya untuk mempromosikan video pendek Instagram yang digelar Reels, yang turut dimiliki entiti tersebut.

Zuckerberg memiliki lebih 350 juta saham dalam Meta, di mana sebahagian besar kekayaannya dilaburkan, demikian menurut kenyataan proksi terbaharu syarikat itu.

Selain itu, secara keseluruhan, industri teknologi kini berada di tengah-tengah waktu mencabar ketika pengiklan bersikap lebih berhati-hati bagi berdepan dengan kemelesetan ekonomi. – Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI