fbpx

Kerjaya terjebak Lee Do-hyun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LEE DO-HYUN

DIKENALI sebagai aktor yang memiliki senyuman menambat hati, barangkali tidak ramai yang mengetahui kisah sebenar pelakon Lee Do-hyun.

Usai fotografi bersama majalah W Korea, Do-hyun, 25, mendedahkan dia langsung tidak pernah terfikir untuk menjadi pelakon.

Impian sebenarnya ialah bergelar atlet bola keranjang.

“Ayah menghalang impian itu kerana dia juga bekas pemain bola keranjang. Dia sudah lalui pelbagai kesukaran dan cabaran, jadi dia tidak mahu saya pula mengalaminya,” ceritanya.

Selepas dihalang si ayah, aktor Hotel Del Luna itu diminta untuk menumpukan perhatian terhadap pelajaran, namun akhirnya membuka minat baharu dalam dirinya.

“Saya dipaksa belajar meskipun tidak berminat. Ibu hantar saya belajar tetapi akhirnya saya habiskan masa menonton filem Sunflower.

“Itu titik tolak saya bergelar pelakon namun tetap dihalang ayah kerana menganggap semua remaja hanya mahu jadi popular,” ujarnya yang kemudian mendaftar masuk ke akademi lakonan tanpa pengetahuan keluarga.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI