fbpx

Villa ajar Liverpool erti kemenangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
WATKINS menunjukkan tanda tiga simbolik kepada hatriknya. – AFP

BIRMINGHAM – ­Pengurus Aston Villa, Dean Smith tidak dapat menyembunyikan pera­saan gembira selepas anak-anak buahnya mencipta kejutan terbesar apabila meng­aibkan Liverpool 7-2 pada aksi Liga Perdana Inggeris di Villa Park awal pagi semalam.

Pembelian rekod termahal Villa dengan nilai £28 juta (RM150.7 juta), Ollie Watkins muncul wira apabila meledak hatrik, sementara Jack Grealish menjaringkan dua gol diikuti Ross Barkley dan John McGinn masing-masing dengan satu gol.

Smith berkata, kemenangan itu adalah aksi terbaik yang pernah ditampilkan Villa sejak beliau mengendalikan pasukan tersebut, lebih-lebih lagi ia dilakukan ke atas juara bertahan, Liverpool.

“Sudah tentu kemenangan ini akan berada pada senarai tertinggi dalam karier saya. Satu keputusan menakjubkan ke atas sebuah pasukan terbaik di England dan juga Eropah.

“Satu persembahan yang sangat istimewa daripada semua pemain. Saya sangat bangga dan gembira kerana perancangan kami berjalan dengan cukup sempurna,” katanya.

Pengendali berusia 49 tahun itu mengakui, tidak terkejut dengan kecemerlangan pres­tasi ditunjukkan Watkins ke­rana beliau amat mempercayai ke­upayaan penyerang hatrik tersebut.

“Sebelum ini ramai orang mempertikaikan keputusan saya untuk membeli Watkins, namun saya tidak pernah me­ragui kemampuannya. Dia berjaya membuktikan pelaburan kami akhirnya berbaloi,” jelas Smith. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI