KOTA BHARU – Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (MTIB) tidak terlibat secara langsung dengan projek ladang atau pembalakan sehingga menyebabkan berlaku kejadian banjir lumpur.
Pengerusi MTIB, Datuk Hishamudin Abdul Karim berkata, ini kerana, MTIB hanya bertindak sebagai sebuah badan mempromosi supaya kawasan yang ada untuk perladangan hutan.
“Jika hendak kaitkan MTIB dengan masalah banjir itu adalah tidak kena.
“Ramai yang keliru apabila mereka kaitkan pembalakan dengan MTIB. Sebenarnya MTIB tidak terbabit secara khusus dengan pembalakan,” katanya ketika diminta mengulas berhubung kejadian banjir lumpur yang berlaku di beberapa negeri sebelum ini.
Terdahulu, Hishamuddin hadir merasmikan Pameran Perabot Dan Gaya Hidup Berasaskan Kayu Wilayah Timur 2022 di sebuah pusat beli-belah di Tunjong di sini hari ini.
Mengulas lanjut, Hishamuddin berkata, MTIB akan mengambil kayu hutan mengikut kesesuaian untuk dijadikan produk mengikut prosedur apabila penebangan balak dilakukan pihak berkaitan. – KOSMO! ONLINE