fbpx

Kerajaan jimat RM270 juta dalam sistem parol

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ismail (dua kanan) membuat gimik pukulan hukuman sebatan ketika melawat gerai pameran Jabatan Penjara Malaysia di Temerloh hari ini.

TEMERLOH – Pelaksanaan sistem parol dan Perintah Kehadiran Wajib (PKW) amat signifikan kerana bukan sahaja memberikan kesan positif kepada banduan malah dapat menjimatkan perbelanjaan kerajaan.

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ismail Mohamed Said berkata, sistem parol dan PKW dapat menjimatkan perbelanjaan pengurusan Jabatan Penjara Malaysia sebanyak RM270 juta setahun.

“Seramai 4,129 banduan kategori Orang Bebas Berlesen (OBB) dan Orang Di Parol (ODP) oleh Jabatan Penjara Malaysia menjalani Perintah Kehadiran Wajib (PKW) di Pahang termasuk seorang pesalah syariah sejak sistem parol bermula pada 2008.

“Melalui sistem parol dan PKW bekas banduan diambil bekerja sama ada di sektor pertanian dan pembuatan oleh pihak swasta dan pengusaha individu dan program ini mendapat reaksi positif daripada masyarakat dan pihak swasta untuk membina kehidupan seperti biasa,”katanya pada Program Outreach bersama Timbalan Menteri Dalam Negeri anjuran Jabatan Penjara Malaysia di sini hari ini.

Menurut Ismail, program ini cukup signifikan dan memperolehi kesan positif terhadap ODP dan OBB terutama dalam membina masa hadapan mereka yang lebih baik.

Katanya, program yang diadakan merupakan salah satu program yang berkala dan sentiasa diadakan dengan melibatkan kan ODP dan OBB mereka yang di bawah PKW telah dibantu oleh majikan, pemimpin masyarakat, keluarga dan masyarakat setempat.

“Program yang dilaksanakan oleh pihak Jabatan Penjara Malaysia ini memberi kesan yang terbaik terutama majikan yang menerima bekas banduan yang mempunyai kemahiran dilatih semasa dalam penjara bekerja di tempat masing-masing.

“Cabaran yang paling besar ialah untuk mereka menyesuaikan diri dan mendapatkan penerimaan masyarakat dan oleh itu pihak pengurusan sistem parol di negeri dan dan daerah sentiasa komited memberikan bantuan,”katanya.

Sementara itu beliau yang juga Ahli Parlimen Kuala Krau berkata bagi memastikan kejayaan, pematuhan perintah sistem parol wajar ditingkatkan dan seterusnya dapat memberi keyakinan bagi mengurangkan stigma negatif masyarakat terhadap ODP dan OBB.

“Pendidikan komuniti ke atas OBB dan ODP sentiasa digerakkan agar masyarakat memahami dengan memberi sokongan dan kerjasama membantu menjayakan sistem parol dan pelepasan banduan secara berlesen ini,”ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI