fbpx

MetMalaysia keluar amaran ribut petir di 8 negeri sehingga petang ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Sebanyak lapan buah negeri dikenakan amaran ribut petir susulan hujan lebat dan angin kencang yang dijangka akan berlaku sehingga petang ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam satu makluman di Facebook berkata, amaran ribut petir pertama dikeluarkan untuk seluruh negeri Perlis, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya, serta beberapa daerah di Kedah, Pahang, dan Negeri Sembilan.

“Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka akan melanda Langkawi, Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Padang Terap, Yan, Pendang dan Kuala Muda di Kedah.

“Sementara itu di Pahang, keadaan sama diramalkan berlaku di Raub dan Bentong),” katanya di sini hari ini.

Selain itu, bagi Negeri Sembilan pula, daerah terlibat ialah di Jelebu, Seremban, Kuala Pilah dan Jempol sehingga 1.00 tengah hari ini.

Dalam pada itu, MetMalaysia turut mengeluarkan amaran sama melibatkan beberapa daerah di Pahang dan Johor sehingga pukul 3 petang nanti.

“Keadaan cuaca buruk dijangka akan berlaku di Rompin, Pahang.

“Sementara di Johor pula, amaran dikeluarkan bagi daerah Muar, Batu Pahat, Kluang, Mersing, Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru,” tambahnya.

Katanya, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI