fbpx

Mesyuarat tangani isu mangsa penipuan kerja bersidang hari ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebahagian mangsa bergambar sebelum dibawa pulang ke tanah air dalam misi menyelamat warga Malaysia yang ditipu sindiket pekerjaan palsu. - FOTO/ IHSAN WISMA PUTRA

PUTRAJAYA – Mesyuarat secara bersama yang julung kalinya melibatkan pelbagai agensi akan diadakan bagi membincangkan usaha menangani isu mangsa skim penipuan kerja di luar negara.

Menteri Luar, Datuk Seri Saifuddin Abdullah memaklumkan bahawa sesi pertama tersebut akan dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Luar, Datuk Seri Amran Mohamed Zin.

“Saya telah mengarahkan untuk segera diadakan satu mesyuarat bersama agensi-agensi yang berkaitan pada hari ini,” katanya menerusi kenyataan dari New York, Amerika Syarikat (AS).

Beliau ketika ini berada di AS bagi menghadiri Sesi Debat Umum bersempena Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) Ke-77 yang sudah pun bermula pada Selasa lalu.

Semalam, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bersetuju bagi membentuk satu jawatankuasa khas pelbagai agensi untuk membantu warga Malaysia yang menjadi mangsa.

Mengulas lanjut, Saifuddin berkata, sebelum mesyuarat tersebut diadakan, beliau telah pun mempengerusikan satu mesyuarat secara maya bersama ketua perwakilan diplomatik Malaysia.

“Ia melibatkan duta besar dan kuasa usaha sementara di Myanmar, Kemboja, Laos, Thailand dan Vietnam bagi mempersiapkan nota mesyuarat untuk diterangkan dalam Kabinet,” katanya.

Mesyuarat bersama Abdul Latiff itu turut bersetuju untuk mereka mengadakan mesyuarat dengan pengurusan tertinggi polis secara berkala dan meningkatkan kempen penerangan media.

Wisma Putra menerusi pejabat perwakilan di luar negara ujarnya, akan terus komited dalam memperkasakan usaha menyelamat dan membawa pulang mangsa terlibat dengan selamat.

Dalam pada itu, Saifuddin menerusi hantaran di akaun sosial rasmi beliau turut memuat naik foto-foto eksklusif yang memaparkan keadaan mangsa sebelum dibawa kembali ke Malaysia.

Berdasarkan gambar-gambar yang dikongsikan itu, mereka kelihatan cukup gembira dan ada mangsa bukan kalangan etnik Cina dengan anggaran usia antara 20 tahun hingga 40 tahun.

Bagaimanapun identiti kesemua mereka dirahsiakan untuk mengelak daripada menjejaskan proses siasatan perisikan oleh pihak polis bagi operasi membebaskan mangsa yang masih belum lagi dikesan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI