fbpx

Sukma 2022: Terengganu selangkah buru ‘ibu emas’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Terengganu tidak mempunyai masalah untuk menewaskan Selangor 2-1 pada aksi separuh akhir temasya Sukan Malaysia (Sukma) 2022 sebentar tadi. - FOTO IHSAN SELANGOR FC

HULU LANGAT – Pasukan Terengganu berada di landasan yang tepat untuk menamatkan penantian 12 tahun apabila mara ke pentas final saingan bola sepak temasya Sukan Malaysia (Sukma) 2022 dengan menewaskan Selangor 2-1 sebentar tadi.

Pada aksi separuh akhir di Stadium Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi itu, skuad Terengganu kendalian Badrul Afzan Razali membariskan kesebelasan terbaik dalam usaha memburu ibu segala pingat itu pada edisi kali ini.

Skuad muda Sang Penyu berada dihadapan seawal minit keenam hasil jaringan Muhamad Muslihuddin Atiq Mat Zaid dengan Muhammad Zahim Raimi Zamani menambah derita Selangor pada minit ke-36.

Bersambung pada separuh masa kedua, Selangor mempamerkan kebangkitan dan berjaya merapatkan kedudukan hasil tandukan uhamad Azim Muzahhir Saipu Azlan pada minit ke-61.

Namun, gol penyamaan yang diharapkan Selangor bagi mengheret aksi ke masa tambahan tidak berhasil dengan keputusan 2-1 kekal sehingga tamat perlawanan.

Ketua jurulatih Terengganu, Badrul Afzan mengakui kemaraan pasukan ke pentas final bukanlah sesuatu yang mudah untuk direalisasikan tetapi pemain memberikan seratus peratus di atas padang.

“Asakan bertali arus yang kita lakukan terutamanya pada separuh masa pertama membuahkan hasil dengan menghasilkan dua gol.

“Tahniah buat semua pemain yang mempamerkan semangat juang tinggi dan berdisipilin sehingga tamat masa perlawanan,” katanya selepas tamat perlawanan.

Sebagai rekod, Terengganu pernah mendominasi acara bola sepak Sukma sebanyak tiga kali dalam sejarah iaitu edisi 2006, 2008 dan 2010. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI