fbpx

Kontinjen Johor hampiri misi juara keseluruhan Sukma 2022

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KONTINJEN Johor menjangkau cabaran kedua iaitu meraih 50 pingat emas yang ditetapkan Menteri Besar, sekali gus di landasan tepat untuk bergelar juara keseluruhan Sukma MSN 2022.

KONTINJEN Johor berada di landasan tepat untuk bergelar juara keseluruhan buat julung-julung kalinya pada Sukan Malaysia (Sukma) MSN 2022.

Ia selepas Johor berjaya melepasi sasaran awal 40 pingat emas pada edisi ke-20 ini sebelum menjangkau cabaran kedua iaitu 50 pingat emas yang ditetapkan Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi kelmarin.

Ketua kontinjen Johor, Datuk Mohamad Najib Samuri percaya, barisan atletnya mampu memungut lebih banyak pingat emas sebelum Sukma 2022 menutup tirainya pada 24 September ini.

“Tinggal lagi kita menuju ke angka seterusnya untuk mencari kejuaraan sulung buat kontinjen Johor sejak penganjuran Sukma 1986.

“Masih banyak lagi acara sukan dan kira-kira 200 pingat lagi ditawarkan. Secara peribadi, saya sasarkan kutipan 70 emas untuk membolehkan kami muncul juara keseluruhan,” katanya.

Pencapaian tertinggi Johor di pentas Sukma adalah muncul naib juara keseluruhan edisi 1992 ketika negeri itu menjadi tuan rumah.

Pencapaian semasa Johor yang sudah melepasi angka 50 pingat emas juga satu rekod baharu kerana edisi Melaka 2010 adalah kutipan pingat emas ter­tinggi kontinjen itu sebanyak 40 emas.

Bagi edisi ke-20 kali ini, sukan kenu antara penyumbang pi­ngat emas terbanyak buat Johor sebanyak 14 emas setakat petang semalam diikuti olahraga dengan 9 emas, basikal 7 emas dan wushu 6 emas.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI