fbpx

Kelly idam lebur rekod kebangsaan Cai Lin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kelly menampilkan aksi terbaik ketika memenangi pingat emas acara 800 meter (m) Sukan Malaysia (Sukma) 2022 menerusi catatan masa 9:26.05 saat pada acara akhir di Pusat Akuatik Nasional, Bukit Jalil hari ini.

KUALA LUMPUR – Perenang muda Sarawak, Kelly Teo Yao nampaknya memiliki misi besar apabila mengintai peluang untuk meleburkan rekod kebangsaan acara 800 meter (m) gaya bebas wanita milik bekas Olimpian negara, Khoo Cai Lin.

Pada acara akhir 800m gaya bebas wanita Sukan Malaysia (Sukma) 2022 di Pusat Akuatik Nasional, Bukit Jalil hari ini, atlet berusia 16 tahun itu merangkul pingat emas menerusi catatan masa 9 minit 26.05 saat (s).

Bagaimanapun, ia masih jauh jika dibandingkan dengan rekod kebangsaan 8:45.36s yang dilakukan Cai Lin ketika memenangi pingat perak pada temasya Sukan SEA 2009 di Vientiane, Laos.

Justeru, Kelly enggan mengalah terlalu awal, sebaliknya dia yang juga atlet kebangsaan sedia untuk memberikan segala-galanya bagi merealisasikan hasrat menjadi pemegang rekod kebangsaan acara 800m gaya bebas wanita yang baharu.

“800m gaya bebas memang merupakan acara kegemaran dan saya sasarkan untuk pingat emas. Saya sudah berikan yang terbaik hari ini kerana semua pencabar sangat bagus serta berikan tentangan sengit.

“Sebenarnya, catatan masa masih jauh jika dibandingkan dengan rekod kebangsaan 8:45.36s milik Cai Lin. Bagaimanapun, saya akan terus mencuba untuk merealisasikan hasrat itu (memperbaharui rekod kebangsaan),” katanya ketika ditemui selepas majlis penyampaian pingat sebentar tadi.

Meskipun menggondol pingat emas, namun atlet kelahiran Kuching itu tetap kecewa kerana gagal memperbaiki catatan terbaik terbaik (PB) 9:21.00s, namun mengakui, emas yang diraih menjadi penyuntik semangat menjelang acara 400m gaya bebas wanita esok.

“Secara jujur, saya agak tertekan hari ini kerana antara sasaran lain adalah untuk memperbaiki PB sebelum ini. Memang diakui saya agak kecewa kerana tidak dapat melakukannya,” ujar Kelly.

Pingat emas Sukma pertama yang diraih Kelly pastinya mampu menjadi pembakar buatnya dalam memburu kilauan pingat pada temasya Sukan SEA 2023 yang dijadualkan berlangsung di Kemboja tahun depan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI