fbpx

AirAsia catat rekod jualan baharu selepas pandemik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pelbagai promosi jualan tiket dilaksanakan untuk mengaktifkan semula industri penerbangan yang terjejas sepanjang pandemik lalu. -Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Jualan promosi Lima Juta Tempat Duduk Percuma yang ditawarkan oleh AirAsia pada Isnin lalu telah mendapat sambutan baik daripada masyarakat apabila setengah juta tempat duduk telah dijual bagi penerbangan jarak dekat dan jauh dalam masa 48 jam sahaja. 

Ini menandakan jualan pecah rekod untuk AirAsia dengan jumlah tempat duduk tertinggi dijual pada setiap hari sejak bermulanya Covid-19. 

Ketua Pegawai Eksekutif Capital A, Tan Sri Tony Fernandes berkata, jualan hampir setengah juta tempat duduk telah ditempah hanya dalam masa dua hari pertama sahaja adalah satu pencapaian yang luar biasa untuk syarikat penerbangan dan industri pelancongan secara keseluruhan berikutan sekatan perjalanan yang hampir tiga tahun. 

Menurut beliau, antara destinasi jarak dekat popular yang telah ditempah menerusi Jualan Tempat Duduk Percuma itu adalah ke Langkawi, Pulau Pinang dan Kota Kinabalu di Malaysia serta Phuket, Krabi dan Chiang Mai di Thailand, Bali di Indonesia dan Cebu di Filipina. 

Penerbangan jarak jauh melalui AirAsia X dan Thai AirAsia X turut tersedia dengan tambang lebih nilai bermula daripada RM499 (termasuk cukai dan caj berkenaan) ke destinasi popular dari Kuala Lumpur dan Bangkok ke Korea Selatan, (Seoul), Australia (Melbourne, Sydney, Perth, Auckland), India (New Delhi) dan destinasi baharu ke Timur Tengah (Jeddah) dan Jepun (Tokyo dan Sapporo). 

 “Sama seperti 21 tahun lalu apabila AirAsia mula melancarkan jualan besar-besaran, kami kini kembali menumpukan kepada media tradisional. 

“Pencapaian hari ini amat membanggakan setelah hampir tiga tahun kami menempuh tempoh yang sukar untuk melihat kami melepasi rekod jualan harian pra-Covid sebanyak 230,000 tiket pada bulan Januari 2020,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan. -KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI