fbpx

‘Tiada lagi pelukan Muhammad Hafiz’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RAMLI menunjukkan gambar Muhammad Hafiz yang maut selepas terperosok dibawah kenderaannya di Teluk Senangin, minggu lalu.

MANJUNG – “Rutin saya sudah berubah, sebelum ini dia akan bersarapan dan peluk kami suami isteri. Sekarang tiada lagi.”

Itulah luahan Ramli Hasan, 69, bapa kepada Muhammad Hafiz, 31, yang ditemui lemas di bawah kereta Proton Persona di Teluk Senangin pada 16 September lalu.

Mangsa dipercayai terjatuh dan terperosok di bawah kereta itu selepas cuba menahan ken­deraan terbabit daripada menggelongsor masuk ke dalam laut.

Menurut Ramli, anak bongsu daripada lima beradik itu tinggal bersamanya dan sering menghabiskan masa bersama-sama sebelum insiden tersebut.

DI bawah kereta inilah Muhammad Hafiz dikatakan terperosok selepas cuba menahan kenderaan itu daripada menggelongsor ke dalam laut di Teluk Senangin, Manjung minggu lalu.

“Sebelum ini dia yang bekerja berhampiran sini selalu bersarapan bersama-sama dan memeluk saya dan isteri, Aishah Jusoh, 67, sebelum meninggalkan rumah.

“Sekarang, saya menerima ­ujian berat ini dari Allah. Saya kena cekalkan hati dan tabah dengan ketentuan-Nya,” katanya kepada Kosmo! di sini semalam.

Cerita Ramli, Allahyarham bercadang untuk melangsungkan perkahwinan pada tahun hadapan setelah mereka suami isteri selesai menunaikan umrah pada November hadapan.

Ramli (kanan) menerima cek dari Perkeso yang diserahkan Mohd. Shaperi (dua dari kanan) di kediamannya di Seri Manjung semalam.

Bagaimanapun, katanya, dia reda dengan pemergian Muhammad Hafiz serta menzahirkan rasa syukur kerana urusan pengebumian anaknya berjalan lancar dan memohon orang ramai mendoakan Allahyarham.

Terdahulu, dia menerima ­kunjungan Pertubuhan Ke­selamatan Sosial (Perkeso) Seri ­Manjung yang diwakili Pe­ngurusnya, Mohd. Shaperi Md. Salleh bagi menyampaikan mok cek pengurusan jenazah bernilai RM2,000.

Mohd. Shaperi berkata, ibu bapa arwah Muhammad Hafiz turut layak menerima Faedah Pencen Penakat yang dibayar oleh Perkeso secara bulanan sehingga akhir hayat mereka.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI