fbpx

Salah orang bos – Caprice tidak gentar disaman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
CAPRICE sangup berdepan tindakan saman SM Faisal demi prinsip yang dipertahankannya dalam penyiaran sebarang posting menerusi media sosial.

PETALING JAYA – “Saya tidak akan berhenti dan berdiam diri.”

Itu antara kenyataan penyanyi rap sensasi Caprice selepas ahli perniagaan, Datuk SM Faisal SM Nasimuddin Kamal memfailkan saman terhadapnya atas dakwaan memuat naik hantaran berbaur fitnah di Instagram yang mengaitkan usahawan itu dengan kes bekas isterinya, Emilia Hanafi.

Menurut Caprice atau nama sebenarnya Ariz Ramli, 34, dia tidak gentar dengan hal tersebut dan akan terus membantu lebih ramai mangsa.

“Insya-Allah saya akan sentiasa membantu mangsa-mangsa yang minta tolong di luar sana, 

“Kami tidak akan berhenti atau berdiam diri,” katanya dalam satu hantaran Instagram.

Tambahnya, terdapat pihak yang meminta memadam video berkaitan kes tersebut daripada akaun media sosialnya.

“Saya juga diminta untuk memadam video ini dan minta maaf, salah seorang bos,” katanya lagi

Dalam masa sama, dia turut memuat naik kembali video yang pernah dikongsinya berkaitan kes mahkamah penahanan Emilia pada akhir Jun lalu.

Dalam video tersebut, Caprice mempersoalkan tindakan Faisal yang membiarkan ibu kepada anak-anaknya dimasukkan ke dalam penjara.

Semalam, SM Faisal, 43, selaku plaintif memfailkan saman itu di Mahkamah Sesyen di sini menerusi Tetuan Akberdin & Co pada 15 Ogos lalu dengan menamakan Caprice atau nama sebenarnya Ariz Ramli, 36, sebagai defendan.

Dalam kenyataan sama, plaintif mendakwa insiden itu kemudian dimanipulasikan oleh pihak-pihak tertentu dengan niat mala fide (niat jahat) tanpa sebarang rujukan atau klarifikasi daripada pihak plaintif.

Kata plaintif, sehari selepas itu, defendan dengan niat sama turut mengherdik, mencemuh dan memburukkan plaintif atau Mahkamah Syariah dengan memuat naik video atau hantaran melalui Instagramnya pada 28 Jun lalu.

Pada 26 Jun lalu, Emilia diperintah menjalani hukuman penjara tujuh hari atas kesalahan gagal mematuhi perintah Mahkamah Tinggi Syariah di sini, berhubung tarikh lawatan tiga anaknya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI