fbpx

Guardiola ada sebab lain pilih Grealish

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GREALISH hanya mampu meledak enam gol bersama City menyebabkan dia dikatakan bersedia untuk meninggalkan Etihad musim depan. – AFP

MANCHESTER – Pengurus Manchester City, Pep Guardiola tampil mempertahankan pemain tengah, Jack Grealish yang berdepan kritikan selepas gagal menampilkan aksi yang diharapkan.

Kritikan itu bagaimanapun dilihat masuk akal memandang­kan dia menjadi pemain Inggeris pertama yang menelan belanja £100 juta (RM519.51 juta) ketika berhijrah dari Aston Villa untuk menyertai City tahun lalu.

Melihat anak buahnya di­asak kiri dan kanan, Guardiola tampil menjelaskan situasi sebenar dihadapi pemain antarabangsa England itu yang hanya menjaringkan enam gol bersama The Citizens.

“Secara jujur, saya gembira dengan apa yang dilakukan olehnya (Grealish) setakat ini. Mungkin dia hanya perlukan sedikit momentum untuk kembali mendapatkan prestasi sebenar sama seperti di Villa.

“Kami mendapatkan khidmatnya bukan disebabkan oleh gol mahupun umpanan yang dilakukan bersama Villa, tetapi ia disebabkan faktor lain. Dia sa­ngat diperlukan ketika pasukan melakukan serangan,” katanya.

Grealish dianggap tidak memiliki mentaliti cukup kuat untuk menyarung jersi City kerana mengambil masa agak lama bagi menyesuaikan diri, berbeza jika dibandingkan dengan Riyad Mahrez dan Rodri.

Difahamkan, dia sudah berputus asa untuk membuktikan kemampuan diri bersama City dan mahu meninggalkan Stadium Etihad dengan me­ngarahkan ejennya mencari kelab baharu sebaik saingan musim ini berakhir. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI