fbpx

Penjaga zoo diserang dua buaya ‘berkomplot’ di hadapan pengunjung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sean diserang di hadapan pengunjung taman yang panik. - Jamie Pyatt

JOHANNESBURG, Afrika Selatan – Seorang penjaga zoo di Afrika Selatan terselamat selepas diserang seekor buaya sepanjang 4.9 meter di hadapan pengunjung, lapor akhbar Daily Star semalam.

Sean Le Clus, 68, diserang ketika duduk di atas bahagian belakang badan reptilia seberat 660 kilogram (kg) itu selepas seekor buaya lain menyasarkannya.

Sean cuba dibaham oleh seekor buaya betina bernama July sebelum menjadi sasaran seekor buaya lain daripada spesies Nile bernama Hannibal. 

Kejadian itu berlaku pada 10 September lalu di taman Crocodile Creek dalam wilayah KwaZulu Natal.

Ketika kejadian, Sean baru sahaja memberi makan July seekor ayam untuk menenangkannya semasa dia melakukan persembahan dengan duduk di atas Hannibal di hadapan orang ramai.

Bagaimanapun, ketika menepuk belakang kepala Hannibal, Sean tidak menyedari bahawa July tiba-tiba meluru ke arahnya. 

Sean menarik kakinya daripada diterkam oleh buaya betina itu lalu menggunakan kayu untuk menyelamatkan diri.

Bagaimanapun, selepas perhatian Sean terganggu, Hannibal terus membuka rahangnya dan menggigit paha lelaki itu. Sean yang menjaga Hannibal selama 30 tahun terpaksa melepaskan diri daripada gigi haiwan itu sepanjang 12.7 sentimeter. 

Dia kemudian melompat ke bahagian belakang kandang akibat panik dan kesakitan. Berpuluh-puluh pengunjung menjerit kerana terkejut melihat serangan itu. 

“Sean mengalami luka pada pahanya dan menjahitnya sendiri serta kembali bekerja dalam masa 20 minit,” kata jurucakap Crocodile Creek kepada akhbar The South African. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI