fbpx

Rakyat Kedah hampa pencapaian di Sukma

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Perarakan masuk kontinjen Kedah pada Majlis Perasmian Pembukaan Sukan Malaysia (SUKMA) 2022 ke-20 yang berlangsung di Dewan Canselor Tunku Abdul Razak (DECTAR), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi, Sabtu lalu. - FOTO/ AMIR KHALID

PETALING JAYA – Rakyat Kedah nampaknya sedikit kecewa dengan pencapaian yang ditunjukkan oleh atlet-atlet negeri Jelapang Padi itu dalam temasya Sukan Malaysia (Sukma) kali ini.

Ketika ini, kontinjen negeri tersebut sekadar berada di tempat lima tercorot dalam carta pungutan pingat semasa dengan memperolehi dua pingat emas.

Dua negeri lain iaitu Kelantan serta Perlis juga dilihat mendapat nasib yang sama dengan hanya memperolehi dua pingat emas sahaja sepanjang temasya tersebut berlangsung ketika ini.

Menerusi Facebook Penyokong Setia Hujau Kuning, ternyata ramai peminat sukan dari negeri tersebut kecewa dengan prestasi terkini kontinjen Kedah.

Kedudukan terkini pungutan pingat Sukma yang dikongsi di Facebook Penyokong Setia Hujau Kuning.

” MB (menteri besar) kita hanya tahu jaga tepi kain orang saja. Sebab tu pembangunan sukan di Kedah macam ni,” ujar Muhd Subri Haron.

” Johor dahsyat sungguh memang program pembangunan sukan mereka menjadi, basikal yang Terengganu kuasai pun mereka boleh kuasai, bab ni kita sokong sungguh, sedih tengok negeri kita,” kata Khairun Aman Ramli.

” Sukan untuk negeri Kedah Darul Aman memang di anak tiri, sekadar melepas batuk di tangga exco pakat lena di ulit mimpi di siang hari,” kata Azizi Johari. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI