fbpx

Ribut petir di lapan negeri petang ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat di lapan negeri melibatkan bahagian utara, timur dan barat Semenanjung serta Sabah petang ini.

MetMalaysia dalam kenyataan memaklumkan, keadaan cuaca buruk dilihat tertumpu di Kedah (Kubang Pasu, Yan, Pendang, Kuala Muda, Kulim dan Bandar baharu) dan hampir keseluruhan Perak (Kerian, Larut, Matang dan Selama, Kuala Kangsar, Manjung, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Bagan Datuk, Hilir Perak,Batang Padang dan Muallim).

“Keadaan tersebut juga dijangka berlaku di keseluruhan Perlis dan berlarutan sehingga 6 petang ini.

“Ribut petir dan hujan lebat dilaporkan turut berlaku melibatkan Kelantan (Jeli dan Tanah Merah), Terengganu (Setiu, Kuala Nerus, Kuala Terengganu, Marang, Dungun, dan Kemaman) dan Pahang (Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Bentong dan Bera),” katanya di Facebook, sebentar tadi.

Dalam pada itu, MetMalaysia juga mengeluarkan amaran sama di Selangor merangkumi daerah Sabak Bernam, keseluruhan Negeri Sembilan dan Melaka.

Bagi Sabah pula, hujan lebat diramalkan melanda Tawau, Lahad Datu, Sandakan dan Kinabatangan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI