PETALING JAYA – Bagi sesetengah orang gelaja bersin adalah normal dan tidak mendatangkan mudarat kesihatan yang buruk.
Namun, ia akan membawa pelbagai kesan buruk sekiranya individu tersebut menahan bersin.
Menerusi satu perkongsian oleh seorang pegawai perubatan swasta, Dr. Ahmad Samhan menerusi akaun Telegramnya memberitahu antars kesan buruknya adalah ia boleh menyebabkan gegendang telinga pecah.
Selain itu katanya, menahan bersih juga boleh menyebabkan jangkitan pada telinga dan cedera pada tekak.
“Seterusnya ia juga boleh menyebabkan patah tulang rusuk serta saluran darah otak pecah.
“Menahan bersin juga boleh menyebabkan diafragma cedera dan lebih parah ia boleh merosakkan saluran darah, mata, hidung dan telinga,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE