fbpx

Hadiah lumayan menanti pemenang cabaran memancin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Jasni (tengah) menunjukkan ikan tongsan dan leko yang dilepaskan bagi program Cabaran Memancing Keluarga Malaysia di Tasik Metropolitan Kepong baru-baru ini.

KUALA LUMPUR – Hadiah termasuk wang tunai dengan jumlah keseluruhan bernilai RM23,000 menanti peserta Cabaran Memancing Keluarga Malaysia 2022 yang bakal diadakan di Tasik Metropolitan Kepong atau dikenali Taman Layang-Layang, Ahad ini .

Petandingan itu dijangka disertai 700 peserta.

Penolong Pengarah Tourism Malaysia Wilayah Tengah, Jasni Abdullah berkata, melalui program itu, dapat meningkatkan promosi pelancongan domestik sebagai usaha merancakkan lagi ekonomi negara.

Katanya, ia bertujuan memberi motivasi dan sokongan kepada penggiat industri pelancongan di Kuala Lumpur bagi merangsang pertumbuhan semula industri pelancongan di ibu kota.

“Ini terutamanya tasik-tasik di Kuala Lumpur sebagai riadah sihat bersama keluarga merapatkan hubungan dalam kalangan keluarga dan komuniti setempat bagi berdiri teguh untuk keluarga Malaysia,” katanya.

Menurutnya, aktiviti seumpama itu sememangnya dinantikan kaki pancing khususnya di ibu kota.

Tasik tersebut menjadi sebutan kaki pancing apabila dalam pertandingan sebelum ini lebih 600 ekor ikan dinaikkan kaki pancing antaranya tilapia, patin, belida, toman, keli, ketutu serta ikan bandar raya dengan berat antara 100 gram hingga 10 kilogram.

“Selepas tiga tahun tiada pertandingan di sini ia kembali lagi dan tidak akan menghampakan pemancing di tasik ini daripada warga kota,” katanya ketika melepaskan lebih satu tan ikan pelbagai spesies di tasik itu antaranya tongsan dan leko dengan berat antara tiga kilogram hingga lima kilogram baru-baru ini.

Beliau berkata, juara pertandingan akan membawa pulang wang tunai RM7,000, naib juara (RM2,000), ketiga (RM1,000), ke 4 hingga ke-10 (RM200), Ke 11 hingga 20 (RM150) dan tempat ke-21 hingga 100 (RM100 setiap seorang).

Pertanyaan lanjut berkaitan pertandingan ini, orang ramai boleh menghubungi urus setia di talian 013-2661077, 013-3052811 atau 012-2846811 atau melayari laman sosial facebook.com/jorankl. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI