fbpx

Polis nafi Balai Polis Sungai Petani ditutup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Status di Facebook yang mendakwa Balai Polis Sungai Petani ditutup kerana anggota polis diarah kuarantin selepas melakukan saringan Covid-19.

Oleh NUR SYAZWANA MANSOR

SUNGAI PETANI – Polis menafikan dakwaan yang tular di Facebook kononnya Balai Polis Sungai Petani ditutup berikutan 32 anggota di balai tersebut diarah kuarantin selepas melakukan saringan Covid-19.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Adzli Abu Shah berkata, dakwaan itu dibuat menerusi status yang dimuat naik di Facebook oleh pemilik akaun bernama Mohd Faiz Basri.

“Balai Polis Sungai Petani masih beroperasi seperti biasa meskipun terdapat 18 anggota polis yang bertugas di situ telah menjalani saringan.

“Kesemua anggota yang disaring sedang menjalani kuarantin di rumah masing-masing,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini

Kata beliau, seluruh kawasan balai sudah disanitasi bagi mencegah penularan wabak berkenaan.

Tambahnya, satu laporan polis telah dibuat terhadap pemilik akaun Facebook terbabit kerana  menyebarkan maklumat palsu.

“Polis akan mengambil tindakan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 terhadap mana-mana individu yang didapati melakukan kesalahan itu sehingga boleh memudaratkan keharmonian masyarakat,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI