fbpx

Cuaca baik hampir seluruh negara pagi ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat hanya di Langkawi, Kedah serta Tawau, Sabah pada pagi ini dan dijangka berterusan sehingga pukul 1 tengah hari nanti.

Bagaimanapun, bagi kawasan-kawasan di negeri lain sekitar Semenanjung, cuaca diramalkan dalam keadaan baik dan cerah ekoran tiada laporan hujan dikeluarkan.

Dalam pada itu, MetMalaysia masih lagi mengekalkan amaran angin kencang dan laut bergelora peringkat pertama melibatkan kawasan perkapalan Phuket, Condore, Reef North dan Palawan.

MetMalaysia dalam laporan cuaca di YouTube berkata, keadaan tersebut dijangka akan berterusan sehingga ke tengah malam ini.

“Ketika ini angin masih lagi bertiup dengan kelajuan yang agak kencang sekitar 40 hingga 50 kilometer sejam terutamanya di sekitar perkapalan Laut China Selatan.

“Oleh yang demikian keadaan ini amat berbahaya untuk aktiviti menangkap ikan, bot-bot kecil serta perkapalan serta aktiviti pantai dan sukan laut,” katanya.

Sehubungan itu, MetMalaysia menasihatkan kepada orang ramai agar sentiasa berwaspada dan ambil langkah berjaga-jaga dalam menghadapi keadaan cuaca yang tidak diingini,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI