fbpx

Dua bangunan kedai lama terbakar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PIHAK Bomba cuba memadamkam kebakaran melibatkan dua bangunan kedai lama di Dato Lee Fong Yee di sini awal pagi tadi. FOTO IHSAN BOMBA.

SEREMBAN – Dua bangunan rumah kedai lama yang berusia lebih 50 tahun di Jalan Dato Lee Fong Yee di sini hangus dalam kebakaran pada awal pagi tadi.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Seremban, Timbalan Penguasa Bomba Mohamad Idris berkata, kebakaran itu menyebabkan premis dua tingkat itu musnah hampir 100 peratus.

Mohamad berkata, pihaknya bergegas ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada pukul 3.05 pagi yang memaklumkan terdapat tiga bangunan rumah kedai lama terbakar.

“Api dapat dikawal dalam tempoh 30 minit dan berjaya dipadamkan sepenuhnya pada pukul 6.30 pagi. Hasil penilaian semula mendapati hanya dua bangunan kedai terbakar.

“Kebakaran melibatkan dua buah kedai ubat yang mana tingkat bawah musnah 80 peratus dan tingkat atas musnah sepenuhnya,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau berkata, operasi pemadaman kebakaran membabitkan Balai Bomba dan Penyelamat Seremban dibantu Balai Bomba dan Penyelamat Seremban 2, Senawang dan Ampangan membabitkan 50 anggota.

Jelas Mohamad, bangunan berkenaan berusia kira-kira 50 tahun dan struktur lantainya diperbuat daripada kayu.

“Bagaimanapun, tiada mangsa semasa kejadian dan punca sebenar kejadian serta anggaran kerugian masih dalam siasatan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI