fbpx

Banjir: 307 kawasan berisiko, 52 ‘hotspot’ di Selangor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

SHAH ALAM – Sebanyak 307 kawasan di sembilan daerah di Selangor dikenal pasti berisiko dilanda banjir berikutan fenomena Monsun Timur Laut dan air pasang besar.

Jumlah itu meliputi 52 kawasan ‘hotspot’ banjir yang melibatkan semua daerah kecuali di Hulu Selangor.

Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) menerusi laman Facebook rasminya malam tadi memaklumkan sumber itu diperoleh daripada Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Selangor.

Kawasan ‘hotspot’ banjir di Selangor.

Kawasan berisiko itu ditentukan berdasarkan lokasi yang pernah mengalami banjir dan dianggap berisiko untuk berlaku pada masa akan datang.

Ia melibatkan 65 kawasan di daerah Klang diikuti Hulu Langat (48), Petaling (43),  Sepang (40), Kuala Selangor (38), Kuala Langat (29), Gombak (24), Hulu Selangor (11) dan Sabak Bernam (9).

Kawasan hotspot banjir pula ditentukan berdasarkan kekerapan banjir melebihi tiga kali dari rekod antara 2019 hingga tahun ini.

Jumlah 52 kawasan itu meliputi 14 di daerah Klang, Hulu Langat dan Sepang (9), Gombak (8), Petaling (5), Kuala Selangor (4), Sabak Bernam (2) dan satu di Kuala Langat.

Bagi Klang dan Petaling, lokasi hotspot yang dikenal pasti antaranya Taman Sri Muda, Taman Sentosa, Jalan Kebun, Kampung Budiman, Kampung Baru Hicom dan Seksyen 13.

Manakala, kawasan di Gombak dan Hulu Langat seperti Taman Sri Selayang, Kampung Sungai Kertas, Kampung Batu 10, Kampung Sungai Serai dan Kampung Sungai Sekamat.

Kawasan Sepang dan Kuala Selangor pula antaranya melibatkan Kampung Giching, Kampung Salak Tinggi, Kampung Parit Mahang, Kampung Sri Sentosa dan Kampung Sri Aman.

Bagi Sabak Bernam dan Kuala Langat, ia melibatkan Batu 23 Sungai Nibong, Jalan Sungai Panjang-Tanjung Malim dan Taman Sri Jaromas, Jenjarom.

Dalam pada itu, lokasi berisiko banjir di Hulu Selangor antaranya Kampung Sentosa, Kampung Rumah Murah Batu 30, Kampung Genting Malik dan Kampung Selisik. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI