fbpx

Sukma: Chan Yiwen tamatkan dominasi Kedah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
YI WEN (kanan) berjaya menggenggam emas selepas menewaskan Aira Azman tewas 2-3 pada final Sukma MSN 2022 di Pusat Skuasy Jalan Duta, Kuala Lumpur semalam.

HASRAT skuad skuasy Kedah untuk meneruskan penguasaan dalam acara perseorangan wanita buat edisi kali ketiga berturut-turut pada temasya Sukan Malaysia (Sukma) 2022 tidak kesampaian.

Ia selepas Aira Azman tewas 2-3 kepada pilihan kedua kejohanan, Chan Yiwen dari Wilayah Persekutuan dengan keputusan 3-11, 11-8, 11-3, 5-11, 4-11 pada final di Pusat Skuasy Jalan Duta, Kuala Lumpur semalam.

Bagi Yiwen, kemenangan itu amat bermakna buatnya selepas terlepas pingat emas empat tahun lalu gara-gara tewas di tangan kakak Aira iaitu Aifa Azman pada final Sukma 2018 di Ipoh, Perak.

“Saya tidak berasa selesa pada bahagian betis pada awal perlawanan. Saya juga lebih banyak fikirkan keadaan badan daripada permainan sendiri.

“Saya mula hilang fokus menyebabkan saya tewas pada set kedua dan ketiga. Namun, rakan-rakan beritahu saya ia bukan pengakhiran dan percaya dengan diri sendiri.

“Akhirnya saya berjaya mencuri satu pingat emas Kedah hari ini. Saya tak mahu terlepas emas lagi memandangkan ini adalah Sukma terakhir,” kata Yiwen, 21, yang berada di ranking ke-74 dunia.

Emas perseorangan wanita di pentas Sukma selama ini didominasi sepenuhnya oleh Pulau Pinang menerusi Datuk Nicol Ann David (1998, 2000, 2002), Low Wee Wern (2006, 2008, 2010), Low Wee Nee (2012) dan Vanessa Raj (2014).

Giliran Kedah pula memonopoli pentas Sukma selama dua edisi berturut-turut menerusi S. Sivasangari pada 2016 dan Aifa empat tahun lalu.

Bagaimanapun, kekecewaan Kedah diubati dengan kejayaan memenangi emas dan perak perseorangan lelaki selepas Ong Sai Hung menang 3-1 ke atas Muhammad Hafiz Zhafri Abdul Harif (11-7, 11-5, 5-11, 11-6). – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI