fbpx

Henti ‘kempen’ burukkan Langkawi – Muhammad Sanusi 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhammad Sanusi ketika membuat ucapan penggulungan pada Sesi Dialog Bajet 2023 Kerajaan Negeri Kedah di Alor Setar, hari ini.

ALOR SETAR – Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor menasihatkan orang ramai supaya tidak lagi ‘berkempen’ memburukkan Langkawi dengan pelbagai persepsi negatif termasuk menyifatkannya sebagai ‘pulau kayangan’.

Kata beliau, berbanding Thailand, kos melancong di Langkawi jauh lebih murah memandangkan kejatuhan mata wang ringgit ketika ini.

“Itu adalah kempen negatif untuk Langkawi, saya harap ia dapat dihentikan. Biasa sahaja, tak mahal di Langkawi.

“Thailand lagi mahal (kos) sebab duit dia lagi besar sekarang lebih baik pergi Langkawi,” katanya selepas Sesi Dialog Bajet 2023 Kerajaan Negeri Kedah di sini hari ini.

Akhbar sebelum ini melaporkan keghairahan rakyat Malaysia memilih untuk bercuti di Thailand boleh menjejaskan industri pelancongan negara termasuk di Langkawi apabila kedatangan ke pulau peranginan itu semakin menyusut.

Mengulas lanjut, kata Muhammad Sanusi, pihaknya juga melihat bahawa trend rakyat Malaysia ke Thailand ketika ini adalah sementara sahaja dan tidak akan menjejaskan sektor pelancongan negeri ini termasuk Langkawi untuk jangka masa panjang.

“Saya rasa itu biasa sahaja, pelancong nak pergi Thailand, kita tak boleh nak halang kerana mungkin Thailand buat sesuatu sebagai tarikan. Jadi kita kena tingkatkan tarikan di tempat kita.

“Setakat ini Langkawi mencatatkan kemasukan pelancong menggalakkan dan akan capai sasaran menjelang Disember ini,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI