fbpx

Staf Usim diarah kuarantin, bekerja dari rumah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

Oleh NOR AINNA HAMZAH

SEREMBAN – Pejabat Naib Canselor Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) hari ini mengeluarkan notis arahan kuarantin di rumah dan bekerja dari rumah selama 14 hari iaitu dari 6 Oktober hingga 19 Oktober bagi staf universiti yang berhubung rapat secara fizikal (kontak kedua) dengan individu yang telah disahkan positif Covid-19.

Naib Canselor USIM, Profesor Dr Mohamed Ridza Wahiddin berkata, ,staf universiti yang berhubung rapat dengan kontak kedua (menjadi kontak ketiga) juga tertakluk dengan kuarantin di rumah serta dibenarkan untuk bekerja dari rumah.

Menurutnya, kontak kedua merujuk kepada imam, jemaah saf pertama semasa solat Jumaat pada 2 Oktober di Kompleks Islam Tuanku Muhriz (KITM), ahli mesyuarat bersama kontak pertama pukul 2.00 petang pada hari berkenaan dan staf USIM yang hadir dalam Majlis Pelancaran Portal Jom Infaq USIM.

“Pengurusan universiti juga memutuskan semua staf yang bertugas di Pejabat Naib Canselor, Pejabat Timbalan-timbalan Naib Canselor, KITM, Pusat Wakaf dan Zakat (PWZ), Pusat Libatsama Masyarakat dan Jaringan Industri (PLiMJI) terlibat dengan pelaksanaan arahan ini.

“Ruang fizikal seperti Bilik Mesyuarat Lembaga Pengarah Universiti, Bilik Mesyuarat Naib Canselor, KITM serta Ruang Galeri dan Lounge Bangunan Canselori ditutup penggunaannya bermula 6 Oktober hingga 8 Oktober,” katanya dalam satu kenyataan, di sini, tadi.

Mohamed berkata, Bilik Gerakan Covid-19 USIM akan beroperasi 24 jam bagi menyelaras maklumat dan tindakan pencegahan dalam membendung penularan wabak Covid-19.

Menurutnya, untuk pertanyaan lanjut berkaitan Covid-19 boleh menghubungi Bilik Gerakan Covid-19 USIM Pusat Kesihatan Universiti USIM di talian 06-7986121 atau mana-mana Klinik Kesihatan kerajaan yang berdekatan.

“Semua warga USIM juga dinasihatkan untuk memastikan segala prosedur operasi standart (SOP) berkaitan pencegahan penularan wabak Covid-19 sentiasa dipatuhi,” katanya.

Difahamkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri yang hari ini sah positf covid ada menghadiri satu majlis di USIM pada 2 Oktober lalu. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI