KUALA LUMPUR – Tanda pagar “KlusterMenteri” menjadi trending di laman Twitter hari ini susulan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri didapati positif Covid-19.
Zulkifli dalam satu kenyataan hari ini berkata, beliau disahkan positif dijangkiti virus berkenaan oleh Kementerian Kesihatan (KKM) dan kini sedang menjalani rawatan.
Beliau juga menyeru orang ramai yang menghadiri majlis yang membabitkan kehadirannya dari 24 September hingga 4 Oktober supaya menjalani pemeriksaan saringan Covid-19 di klinik kesihatan dengan segera.
Setakat pukul 6.30 petang tadi, tanda pagar berkenaan telah mendapat lebih 5,000 ciapan.
Rata-rata netizen yang terkejut dengan perkhabaran itu dan kerisauan mereka tentang wujudnya kluster menteri menjadi kenyataan.
Selain itu, netizen turut mendoakan agar Zulkifli selamat menjalani rawatan dan diberikan kesembuhan secepat mungkin.
Ciapan daripada seorang pengguna twitter dengan nama panggilan Typical Malaysian mendapat ulang ciap paling tinggi iaitu 1,564 kali dengan 1,637 tanda suka.
Ciapan itu berbunyi “Menteri pertama yang disahkan positif Covid-19.#KlusterMenteri benar wujud.
Turut meninggalkan ciapan di laman Twitter seorang lagi netizen yang dikenali sebagai E-man.
“Semoga Datuk sentiasa dibawah lindungan dan rahmat Allah. Saya sekeluarga sentiasa mendoakan kesihatan Datuk,” ciapannya. – K! ONLINE