fbpx

Cuaca buruk di utara, Pantai Timur Semenanjung hingga 9 malam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Hujan lebat, ribut petir dan angin kencang dilaporkan berlaku di negeri utara, Pantai Timur Semenanjung serta Sabah dan Sarawak yang dijangka berlarutan sehingga pukul 9 malam hari ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam satu kenyataan di Facebook memaklumkan, antara kawasan yang terlibat di Kedah adalah Padang Terap, Sik dan Baling.

Sementara itu, cuaca buruk yang sama turut berisiko di Kampar, Perak.

Beralih ke negeri Pantai Timur, MetMalaysia menjangkakan hujan lebat serta ribut petir akan melanda beberapa daerah di Kelantan seperti Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Tanah Merah, Bachok, Machang dan Pasir Puteh.

Selain itu, di negeri Pahang pula, Tanah Tinggi Cameron dan Lipis juga berpotensi dilanda hujan lebat pada tempoh yang sama hari ini.

MetMalaysia dalam kenyataan tersebut juga mengeluarkan amaran ribut petir di sekitar Pedalaman (Sipitang dan Tenom) dan Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan) di negeri Sabah.

“Di Sarawak, kawasan yang terjejas adalah Sibu (Selangau), Mukah (Mukah), Bintulu (Tatau dan Sebauh) dan Miri (Beluru),” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI