fbpx

Samseng remaja bawa buaya sebagai senjata ketika bergaduh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Polis merampas reptilia itu dan menyerahkannya kepada pihak yang berkaitan. – Istimewa

JAKARTA – Seorang remaja yang terlibat dalam  insiden pergaduhan di Duren Sawit, Jakarta Timur melempar seekor anak buaya ke arah kumpulan lawan bagi dijadikan ‘senjata’, lapor laman berita Detik semalam.

Berdasarkan video yang tular di media sosial Indonesia, rakaman sistem televisyen litar tertutup (CCTV) memaparkan aksi pergaduhan dalam kalangan beberapa remaja.

Salah seorang daripada mereka dilihat melempar anak buaya kepada pihak lawan untuk dijadikan senjata dalam pertempuran tersebut.

Pada klip video seterusnya, pemuda terbabit dirakam menggendong anak buaya tersebut ketika dibawa ke balai polis.

“Bergaduh bawa senjata tajam, batu, kayu, kaca sudah biasa. Kali ini luar biasa kerana bergaduh bawa anak buaya,” demikian menurut keterangan pada video tersebut.

Ketua Polis Duren Sawit, Komisioner Polis Marbun mengesahkan bahawa terdapat seorang pelajar sekolah menengah yang membawa anak buaya ketika bergaduh sesama mereka.

Menurutnya, polis telah merampas reptilia itu dan menyerahkannya kepada pihak yang berkaitan.

“Semua pelajar yang terlibat pula telah ditahan dan dibawa ke balai polis. Seramai 11 orang ditahan,” kata Marbun. – Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI