fbpx

Lelaki serang, tetak bekas isteri di tepi jalan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TANGKAP layar memaparkan seorang wanita jatuh di tepi jalan ketika diserang bekas suaminya. – Instagram

JAKARTA – Sebuah klip video tular di media sosial Indonesia memaparkan perbuatan seorang lelaki menetak muka seorang wanita yang dipercayai bekas isterinya secara membabi buta sehingga mangsa mengalami cedera parah, lapor laman berita Suara.com.

Video tersebut dimuat naik dalam akaun Instagram @kabarnegri.

Jenayah itu dikatakan berlaku di Desa Dagang Kerawan, wilayah Sumatera Utara.

Seorang lelaki dilihat berulang kali memukul seorang wanita dengan menggunakan senjata tajam selepas mangsa terjatuh daripada sebuah motosikal.

Kejadian itu berlaku pada waktu siang dengan banyak kenderaan dilihat lalu lalang di lokasi berkenaan.

Sebilangan  penduduk didengari menjerit ketika mangsa diserang. Ketika mereka cuba menghampiri kawasan itu, pelaku melarikan diri ke tengah sawah.

Suspek dikatakan bernama Sumartono, manakala mangsa ialah Dewi Dahliana dan berusia 50 tahun.

Mangsa diserang lelaki berkenaan ketika hendak pulang ke rumahnya dengan menaiki motosikal selepas selesai membeli barang keperluan.

Video itu  mendapat perhatian netizen di ruangan komen.

“Kenapa diam sahaja tidak dibantu, malah menjerit,” kata seorang netizen.

“Yang merakam video kenapa tak bergegas membantu,” komen netizen lain. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI