fbpx

Peminat kriket India, Pakistan bertempur di Leicester

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Beberapa pasukan polis dari pelbagai kawasan di negara itu dikejarkan untuk meleraikan pertempuran dan mengawal keganasan. – Leicester Media

LONDON – Satu pertempuran ganas antara dua kumpulan minoriti tercetus di Leicester, England, pada hujung minggu lalu, mengakibatkan 16 anggota serta seekor anjing polis cedera, lapor akhbar The Sun kelmarin.

Ketua Konstabel Polis Leicester, Rob Nixon berkata, rusuhan berlaku antara kumpulan penduduk  berlainan agama, yang disifatkan sebagai ‘situasi amat mencabar’.

Rusuhan itu membawa kepada beberapa pertempuran di Leicester. Ia berpunca daripada perlawanan kriket yang menyaksikan  India menentang Pakistan baru-baru ini.

Menurut Nixon,  pasukan polis dari pelbagai kawasan di England dikerah untuk meleraikan pertempuran dan mengawal ketenteraman awam.

Dalam kejadian itu, botol minuman dan beberapa objek dilempar, manakala sebilangan perusuh membawa kayu serta baton.

Kejadian pada Sabtu lalu itu dilaporkan tercetus selepas protes tanpa permit bertukar menjadi ganas.

Klip video yang dikongsikan di media sosial menunjukkan beberapa kumpulan lelaki bertopeng berarak di sekitar bandar itu sambil melaung slogan.

Anggota polis dilempar dengan botol ketika cuba meleraikan protes tersebut selain kereta dan bangunan turut dirosakkan.

Bahagian timur bandar Leicester menyaksikan peningkatan dalam pelbagai masalah sejak India berdepan musuh ketatnya, Pakistan sebanyak dua kali dalam Piala Asia T20 di Dubai, bulan lalu.

Setakat ini, sebanyak 47 tangkapan dibuat termasuk 15 lagi selepas protes tercetus malam Sabtu lalu.

Selain itu, 18 orang lagi ditahan malam Ahad lalu atas pelbagai kesalahan termasuk bergaduh, melakukan serangan, memiliki senjata dan aksi ganas. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI