fbpx

432 kes tertinggi direkodkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Jumlah Covid-19 tertinggi setakat pandemik ini merebak dalam negara.

Oleh SITI A’ISYAH SUKAIMI

PUTRAJAYA – Kes Covid-19 hari ini adalah tertinggi sejak wabak tersebut melanda negara dengan 432 kes dilaporkan menjadikan jumlah kes positif 12,813 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah tersebut, 429 kes adalah penularan tempatan membabitkan 409 warga Malaysia dan 20 warga asing.

“Tiga lagi adalah kes import membabitkan dua warga Malaysia dan seorang warga asing,” katanya dalam satu kenyataan di Twitter di sini hari ini.

Beliau berkata, sebanyak 32 kes masih dirawat di Unit Rawatan Rapi dengan lapan kes memerlukan bantuan pernafasan serta tiada kes kematian dilaporkan hari ini dan jumlah itu kekal 137 kes. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI