fbpx

Petronas naikkan elaun pelajar PESP berkuat kuasa serta-merta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ismail Sabri beramah mesra dengan penerima PESP pada Majlis Penyampaian Anugerah PESP 2022 di Kuala Lumpur Covention Center di sini hari ini.

KUALA LUMPUR – Pelajar di bawah Program Penajaan Pendidikan Petronas (PESP) akan menikmati kenaikan elaun berkuat kuasa serta-merta melibatkan dua kategori.

Mengumumkan perkara itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, inisiatif itu melibatkan seramai 2,267 orang pelajar.

Menurut beliau, kategori pertama adalah melibatkan kenaikan elaun buku dan peralatan belajar daripada RM1,000 kepada RM1,500 untuk pelajar dalam negara.

“Manakala, tambahan RM500 untuk pelajar di luar negara.

“Kategori kedua pula melibatkan pelajar yang baru menerima penajaan PESP, elaun induksi (Onboarding Allowance) dinaikkan daripada RM4,500 kepada RM5,000,”ujarnya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Penyampaian Anugerah Program Penajaan Pendidikan Petronas 2022.

Hadir sama, Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Noraini Ahmad dan Pengerusi Petronas, Tan Sri Mohd. Bakke Salleh.

Ismail Sabri berkata, kenaikan kedua-dua elaun ini mengambil kira kos sara hidup yang semakin tinggi ketika ini.

“Bantuan ini diharap dapat meringankan beban pelajar dan ibu bapa seterusnya memudahkan proses pembelajaran pelajar,” katanya.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI