fbpx

Pasangan beri teguran walau nada tinggi, tanda sayang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video perkongsian Iman Muda Hassan di media sosial.

PETALING JAYA – Setiap pasangan suami isteri pasti ada masanya akan bertikam lidah mengenai sesuatu perkara.

Namun, percayalah bahawa setiap teguran daripada pasangan walaupun dia menggunakan nada yang lebih tinggi atau kasar, ia adalah sebagai tanda kasih sayang.

Perkara itu dijelaskan oleh penceramah bebas, Imam Muda Hassan Adli dalam satu perkongsian video di media sosial.

Katanya, sekiranya mana-mana pasangan berada dalam situasi tersebut, perlulah bersyukur kerana ia adalah bukti bahawa suami atau isteri masih menyayangi diri kita disebabkan mereka masih peka terhadap sesuatu yang berlaku.

“Apabila kita ditegur oleh pasangan kita sama ada suaranya agak tinggi dan tegurannya itu menyakitkan telinga kita, mengguriskan hati kita, apa yang perlu buat adalah bersyukur kepada Allah S.W.T..

“Walaupun dah kena ‘sound’ ini, syukur kerana tandanya dia sayangkan kita, suami tegur isteri, tanda dia sayangkan pasangannya.

“Syukurlah kerana masih ada orang yang sayang kita,” katanya.

Menurut Imam Muda Hassan, di rumah menjadi satu tanggungjawab suami dan isteri untuk menegur pasangan masing-masing bagi tujuan perubahan ke arah kebaikan.

“Kalau anak-anak yang tegur pula, dia nampak kurang comel (manis), jadi kalau ada mana yang tidak betul, isteri kena tegur suami, suami kena tegur isteri,” jelasnya.

Tambahnya lagi, sekiranya si isteri menegur suami, janganlah dianggap bahawa pasangan itu sebagai ‘isteri derhaka’.

“Memang agak susah untuk isteri tegur suami, namun apabila dia (isteri) mula bersuara, maknanya dia sudah lama pendam, simpan untuk tegur suaminya sehingga dalam keadaan penuh emosi.

“Sebagai suami, jangan terus menghukum isteri,” katanya lagi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI