fbpx

Wanita, bayi setahun selamat rumah terbakar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan bilik rumah mangsa yang hangus dalam kebakaran sebuah rumah di Felda Air Tawar 2, Kota Tinggi di sini hari ini. Foto IHSAN BOMBA

Oleh MASTURAH SURADI

KOTA TINGGI – Seorang wanita bersama bayi berusia setahun berjaya menyelamatkan diri selepas rumah mereka dijilat api dalam kejadian kebakaran di Felda Air Tawar 2 di sini pagi tadi.

Ketua Balai Bomba Penyelamat (BBP) Kota Tinggi, Azman Jantan berkata, pihaknya menerima panggilan kejadian itu pada pukul 10.30 pagi sebelum bergegas ke lokasi bersama 17 anggota termasuk anggota bantuan dari BBP Penawar.

Jelasnya kejadian itu disedari selepas wanita berkenaan mendengar letupan kecil dari dalam sebuah bilik.

“Ketika kejadian hanya terdapat dua orang sahaja di dalam rumah tersebut iaitu seorang wanita dan bayinya berusia lebih kurang setahun.

“Ketika sedang berehat didalam rumah mangsa telah mendengar letupan dan melihat terdapat asap keluar daripada bilik diikuti api yang mulai membakar bilik berkenaan. Sebaik melihat keadaan itu, mangsa terus membawa anaknya keluar lari dari rumah dan terus menghubungi talian kecemasan 999,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya kebakaran itu telah menyebabkan ruangan bilik tidur itu terbakar hampir keseluruhannya.

Jelasnya tiada kemalangan jiwa dilaporkan manakala pihaknya masih menjalankan siasatan untuk mengenal pasti punca kebakaran dan anggaran kerugian. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI