fbpx

KP Kesihatan sahkan ada kes positif babitkan VIP

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Seorang individu yang telah menghadiri satu mesyuarat di Jabatan Perdana Menteri di Bangunan Perdana Putra di sini pada Sabtu lalu disahkan postif Covid-19.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, beliau yang tidak bergejala pada hari terbabit kini dimasukkan ke hospital untuk pengasingan, pemerhatian dan rawatan mengikut protokol sedia ada bagi kes disahkan positif Covid-19.

Beliau berkata, pengesanan dan siasatan kontak kepada individu sedang dijalankan termasuk saringan gejala dan pengambilan calitan bagi pengesanan jangkitan Covid-19.

“Kontak rapat yang telah dikenal pasti telah diberikan Surat Perintah Pengawasan Dan Pemerhatian Di Rumah (HSO) selama 14 hari dari tarikh akhir pendedahan (kontak),” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Pada hari Sabtu lalu, satu mesyuarat khas Majlis Keselamatan Negara berkenaan Covid-19 dibuat di Bangunan Perdana Putra di sini dengan dipengerusikan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Mesyuarat itu antaranya dihadiri oleh Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob; Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri, Mohamed Azmin Ali; Menteri Kanan Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof; Menteri Kanan Pendidikan, Dr Radzi Jidin, menteri-menteri berkaitan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI