fbpx

Perempuan berpeluk itu bukan saya – Qistina Raisah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
QISTINA menafikan dia merupakan wanita yang berpelukan dalam video (kanan) tular tersebut.

PETALING JAYA – Pelakon remaja Qistina Raisah menafikan individu yang berpelukan dengan seorang lelaki dalam sebuah video tular baru-baru ini adalah dirinya.

Meleraikan persoalan menerusi video TikTok, pemilik nama penuh Nur Qistina Raisah Mohd Kamarol Azri, 14, memberitahu pelik mengapa namanya disebut-sebut sedangkan tidak mengenali pun wanita berkenaan.

“Saya tidak kenal siapa individu dalam video itu malah apakah motif dia memuat naiknya. Itu bukan saya.

“Penjelasan ini dibuat kerana ada komen mengatakan ‘adakah ini budak yang lupa password telefon’, yang itu memang saya tetapi dalam video itu bukan saya,” jelasnya.

Dia yang juga pelakon drama Camelia itu turut menegaskan tidak pernah keluar bersendirian dan pasti akan ditemani ibunya.

“Saya kalau pergi mana-mana, mesti ada ibu sekali. Anda jangan risau tentang saya. Kalau satu hari nanti ternampak saya pun jangan bimbang sebab saya pandai jaga diri.

“Saya masih ada ibu bapa, anda hanya perlu jaga tepi kain sendiri. Kalau orang nampak saya pergi berjanji temu, pasti ibu akan ada sekali,” katanya.

Dalam pada itu, dia turut menasihatkan pemilik video tersebut berhenti menyebarkan sesuatu yang boleh mengundang fitnah.

“Kepada pemilik video dan sesiapa yang komen, jangan buat fitnah kerana takut mereka yang membaca akan percaya serta menyebarkan kepada orang lain.

“Saya tidak mahu menjadi bahan menjadi fitnah sebab kita tidak tahu siapa sebenarnya individu dalam video tersebut,” katanya lagi.

Terdahulu, tular sebuah video memaparkan wanita berpelukan dengan seorang lelaki.

Disebabkan video tersebut, terdapat beberapa individu yang membuat andaian wanita tersebut mirip seperti Qistina kerana memiliki rambut panjang. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI