fbpx

Jenazah diusung 3 kilometer guna kain pelekat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sekumpulan lelaki dilihat mengusung jenazah tersebut menggunakan kain pelekat yang digantung pada batang buluh. – Istimewa

JAKARTA – Sebuah video tular di media sosial Indonesia memaparkan penduduk Polewali Mandar di wilayah Sulawesi Barat mengusung jenazah menggunakan kain pelekat sejauh 3 kilometer, lapor laman berita Detik hari ini.

Dalam video tersebut, sekumpulan lelaki dilihat mengusung jenazah tersebut menggunakan kain pelekat yang digantung pada batang buluh.

Mereka melalui sebatang jalan raya yang dipenuhi kenderaan yang lalu-lalang.

Dalam video tersebut, kedengaran suara seorang wanita meluahkan kekesalan  lantaran pihak pusat kesihatan masyarakat yang dikatakan tidak memberi perhatian terhadap kes tersebut.

“Si mati meninggal dunia namun tiada ambulans yang boleh membawa jenazah. Pusat kesihatan Campalagian tidak menguruskannya dengan baik. 

“Walau berapa pun harga sewa ambulans, kami boleh bayar, namun tiada ambulans disediakan,” kata wanita berkenaan.

Sementara itu, Ketua Pusat Kesihatan Masyarakat Campalagian, Ramlah berkata, ketika itu, ambulans yang berada di pusat kesihatan tersebut sedang digunakan untuk pesakit lain.

“Ahli keluarganya mahu jenazah dihantar menggunakan ambulans, namun pusat kesihatan cuma ada sebuah ambulans yang telah pun digunakan untuk membawa pesakit lain.

“Kami juga sudah berusaha agar ambulans lain dapat digunakan untuk menghantar jenazah. Saya meminta keluarganya bersabar dan menanti ambulans yang digunakan itu kembali ke pusat kesihatan,” katanya. – Agensi

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI